Tuesday 14 May 2013

SIAPA SEHARUSNYA HARUS DITURUNKAN UNTUK CALON DUN INANAM


LAPORAN PENYELIDIK BEBAS

DUN N13 Inanam- Secara telusnya saya ingin mengemukakan beberapa pandangan saya setelah membuat beberapa penyelidikan di kawasan DUN Inanam khususnya persiapan PBS PRU 13 ini nanti.

Cara-cara penyelidikan ini dilakukan adalah melalui soaljawab secara rambang khususnya pemimpin disetiap kawasan atau perkampungan, pemimpin-pemimpin peringkat kampung yang dimaksudkan adalah Pengerusi JKKK, beberapa Ketua cawangan PBS, Ketua Kampung dan WKAN. 

Semasa soalk jawab kepada beberapa pempin tersebut adalah se`1cara tidak fomal kerana kalau saya tanya secara fomal mereka tidak dapat menjawab dengan jujur kerana mereka akan takut kehilangan  jawatan mereka ditarik balik atau beberapa projek mungkin tidak dibagi kerana tidak menjawab secara positif meskipun yang realitinya negitif, kerana mereka juga mengenali saya selaku salah seorang Orang kanan YB Dtk.Johnny Goh. Kawasan penyelidikan adalah seluruh kawasan N13Inanam iaitu daripada Telipok hinggalah kepada Sukang/mabpai dan Minintod.

Hasil penyelidikan Bebas ini saya mendapati bahawa kalau isu-isu berikut wujud dan menyebabkan Wakil Rakyat sekarang ini PBS mengalami kesukaran untuk mempertahankan kerusinya jika ditandingkan semula. Kenapa?

1. Wakil Rakyat sekarang ini hampir semua pengundi telah mengenali beliau.(saya tidak mahu detail kerana banyak). Cuma saya ingin katakan disini bahawa perkataan KENAL disini memberi dua implikasi - kenal kebaikan dan kenal keburukan pemimpin tersebut.

2.Kalau lihat rekod keputusan PRU12 pun sebenarnya PBS sudah kalah besar  ini kalau dibandingkan undi BN berbanding jumlah undi pembangkang mujur pembangkang tidak bersatu:

keputusan PRU 12 adalah spti berikut

DAP - 2,864 undi
Bebas - 196 undi
PKR - 4,293 undi
Jumlah undi Pembangkang adalah =7,353
BN(PBS) - 5,979 undi
BN kalah 1,374 undi.
Ini bererti calon PBS (BN) sekarang ini  tidak lagi diminati penggundi N13 Inanam dengan kekalahan 1,374 undi, satu bilangan undi yang bukan sikit.

3. Menurut penyelidikan calon PKR adalah pencabar yang terdekat dan calonnya Daniel Jambun bukanlah calon popular dikalangan penggundi kawasan ini, bukan saja tidak populer tetapi beliau juga bersikap ego dan sombong menurut penduduk dikawasan ini. Tetapi kalau tidak popular kenapa memperolehi undi sebanyak 4,293undi? Pengamatan saya ini kerana kereka mahu tukar wakil rakyat mereka, kerana mereka memang KENAL wakil rakyat PBS ini. Dengar-dengar khabar YB Datuk Erick Mojimbun akan bertanding menurut penyelidikan saya juga mereka menyokong penuh dengan Datuk Erick Mojimbun kalau masih YB Datuk Johnny Goh calon kata mereka. Nah!! YB Datuk Erick lebih jauh populer berbanding En.Daniel Jambun, persoalannya Bolehkah YB Datuk Johnny Goh bersaing dengan Datuk Erick dengan satu lawan satu? pasti sukar?Tidak percaya? Kamu cuba tanya 10 orang dikawasan yang berlainan, saya tak mahu komen banyak kerana saya adalah ahli PBS saya juga sudah buat siasatan ini, kamu cubalah pergi tanya sendiri? Saya panjangkan lagi pertanyaan saya "Kalau bukan Datuk Erick Dtk.Johnny Goh boleh menangka? yang ditanya menjawab "belum tahu lah" tetapi dua orang dibelakang saya menjawab "Yang penting bukan Dtk.Johnny Goh" saya beralih pandangan dan bersoal salah seorang daripada mereka lalu menjawab "Bukan Dtk.Erick pun kalau satu lawan satu terpaksalah undi bukan Dtk.Johnny Goh." Dalam soal ini saya mengandaikan bahawa siapa pun yang berhadapan dengan Datuk Johnny Goh mereka terpaksa sokong, hanya kerana mahu muka baru.

4. Menurut penyelidikan Wakil Rakyat N13 Inanam menyedari kekalahan jumlah undi ini maka kerana itu beliau tidak lagi terfikir akan dicalunkan semula pada PRU13 kerana itu  kita boleh lihat cara pendekatan beliau telah berubah bahkan peluang-peluang seperti Projek kecil-kecil ie ADUN Fund beliau tidak lagi memberi peluang kepada orang kanannya (kecuali orang tertentu) untuk melaksanakannya, orang kanan dimaksudkan adalah PKRnya dan AJK-AJK Bahagiannya sendiri atau CDO apa tah lagi untuk memberi kepada AJK Bahagiannya sendiri jauh sekali. Ini terbukti bila Timbalan Ketua Bahagian En.Maikol Sombuling penyokong kuat beliau akhirnya tidak bertahan lama dan kini memusuhi Wakil Rakyat ini sehingga sekarang ini beliau tidak lagi menyokong kepimpinan YB Datuk Johnny Goh.

5.Kawasan N13 Inanam merupakan kawasan dipinggar Bandaraya sudah tentu para pengundi pandai menilai apa yang telah beliau telah lakukan selama lebih 10 tahun beliau menjadi wakil rakyat pengundi-pengundi disini mula bertanya apa yang telah Beliau lakukan yang betul-betul boleh dibanggakan oleh Rakyat Inanam, jangan cakap jambatan gantung, pembaikan balairaya pembahagian tangki tong gas dan lain-lain semua itu perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh PKRnya sendiri.
Tetapi kita mahu lihat sebagai contoh: Jalan Kokol yang dinaik taraf sehingga ke SK Poring-poring yang telah diaspalt dengan begitu baiknya sehingga penduduk kawasan yang terlibat begitu sanjung tinggi kepada YB Datuk Erick kerana perkara besar seperti ini yang  telah  dilaksanakan semasa YB Datuk Erick semasa dalam BN dan seharusnya ada  benda besar dilaksanakan oleh YB Datuk Johnny Goh sendiri.

6. Saya mula lagi dengan siasatan dipejabat pentadbiran Parti dan pejabat UPKR yang diketuai oleh En.Kalasa Sahat dan CDOnya En.Sabin Gantaliban saya sangat sedih apabila  saya bertanya mereka menjawab TIDAK TAHU bila saya meminta maklumat beberapa pembangunan di Kawasan kami, saya terfikir mungkin mereka tidak memberi maklumat kerana ini sulit tetapi seharusnya saya juga AJK Bahagian tidak perlu diragukan bah..Bukankan? Dan akhirnya mereka mengatakan bahawa Pemaju Mukim yang lebih tahu kata mereka. Wei....kenapa begitu? dan akhirnay saya memahami bahawa PKR dan CDO juga mempunyai masalah menjalankan tugas mereka kerana tidak diberi kuasa? Chontohnya mesyuarat PBT di DBKK yang mewakili YB Datuk Johnny Goh dalam mesyuarat penting ini  ialah salah seorang Pemaju Mukim dan bukan PKR dan bukan juga CDO, Dan saya lihat disini arahan daripada Wakil Rakyat kepada Pemaju Mukim dan seterusnya Pemaju Mukim kepada PKR dan CDO. 
satu lagi contoh ialah Kuasa menanda tangani Cek untuk Peruntukan Sentuhan Kasih ialah, Wakil Rakyat , Pemaju Mukim dan Pegawai Daerah  (di sini pangil Pengarah Sub -Urban) dan bukan Wakil Rakyat, PKR dan Pengarah seperti diamalkan di Kawasan-Kawasan lain.

7. Ramai orang nampak PKR dan CDO tidak menjalankan tugas. Bagi penganalisaan saya ini bukan PKR dan CDO tidak mahu menjalankan tugas tetapi sebab-sebab  Perkara 6 di atas. tidak secara lansung Wakil Rakyat menjalankan kerja sepenuh UPKR tetapi bagi saya ini tidak ada  masalah besar bagi saya TETAPI saya tertanya-tanya Siapa yang menjalankan Tugas Wakil Rakyat pula? Takkan PKR atau CDO yang buat kerja Wakil Rakyat ?  kerana mereka ini bukan Wakil Rakyat? Kalau tidak ada yang melaksana kerja-kerja Wakil Rakyat maka sama jugalah macam kita tidak ada Wakil Rakyat!!dan tak hairanlah kenapa tidak ada Perkara Besar yang boleh dilaksanakan  oleh Wakil Rakyat kita.yang rugi rakyat di kawasan Inanam. Menggatal & Telipok juga yang rugi. Saya juga tidak hairan PKR dan CDO telalu senang habis bulan terima gaji kerana kerja mereka ada orang yang melaksanakannya. Yang sedih kata PKR bila ada masalah Wakil Rakyat pula yang mengunakan kuasanya memarahi PKR dan CDO sedangkan kerja itu dibuat olenya.

8.Saya panjangkan lagi penganalisaan saya ke pejabat PBS N13 Inanam. Satff  disini saya tak ada komen kecuali saya lihat salah seorang Staf UPKR menjawat sebagai Penyelia tetapi tidak pernah turun di Pejabat UPKR untuk menjalankan kerjanya sebagai Penyelia sebaliknya menjalankan kerjanya sebagai Setiausaha Kerja Parti juga setiausaha kepada Wakil Rakyat ini saya lihat dari segi kerja-kerja yang dilakukannya. Komen saya Kerajaan Negeri membayar gajinya sebagai Penyelia tetapi menjalankan kerja yang berlainan yang sudah pasti tidak melaksanakan kerja seperti skop kerja yang diamanahkan kepadanya..(mungkin saja...) kita tidak persalahkan Penyelia ini kerana dia hanya ikut arahan. Di Pejabat ini juga aduh...kesian failing sistem kesian betul saya tak mahu cakaplah. kamu pantau-pantau lah sendiri.

9.Pelan Perancangan Wakil Rakyat ini saya tak nampak tetapi pernah orang kanannya mencadangkan kepada Wakil Rakyat ini beberapa tahun dahulu supaya adakan Wawasan selama tempoh wakil rakyat ini menjawatan sebagai Wakil Rakyat iaitu 5 tahun. kalau tidak silap, ada cadangkan supaya buat SATU perkera besar yang harus dilaksanakan oleh Wakil Rakyat ini dalam tempoh beliau Jadi Wakil Rakyat yang mana perkara tersebut boleh dibanggakan oleh Rakyat N13 Inanam dan harus dilaksanakan dalam tempoh lima tahun tetapi malangnya beliau tak berminat, akhirnya tidak tahu macam mana  kononnya  cadangan tersebut terlalu tinggi dan orang yang mencadang berangan-angan mahu jadi calon itu pandapat beliau dan akhirnya beliau membuat keputusan tidak melaksanakannya.

10. Penggundi N13 Inanam peringkat profesional juga telah  banyak menanalisa dari luar dan menurut mereka kalau PRU13 ini masih juga YB Datuk Johnny Goh mereka menilai ada dua kemungkinan.

a) Beliau akan kalah jika bila keadaan PR bersefahaman atau Satu lawan Satu.
b). Tiga Penjuru : sebagai Contoh STAR, SAPP, PBS_BN mereka meramalkan Datuk Erick masih boleh menang - KECUALI Calon PBS mencalonkan orang lain dan bukan Datuk Johnny Goh.
c). Kalau Datuk Johnny Goh memanangi pun pastinya rakyat merasa keciwa kerana mereka meramalkan pembangunan ekonomi dan pentadbiran pastinya seperti beberapa tahun yang lalu bahkan mereka meramalkan lebih teruk kerana ini peluang terakhir maka segala-galanya untuk sendiri dan kerabatnya.

Maka dengan 10 perkara diatas kesimpulan saya Kepimpinan Parti PBS Pusat harus berhati-hati meletakkan calon N13 Inanam pada PRU 13 akan datang.


SENARAI PENDEK ORANG YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN SEBAGAI CALON BN SAMA ADA DI PARLIMEN P 171 SEPANGGAR ATAU DUN N13 INANAM ADALAH SEPERTI BERIKUT MENGIKUT KEUTAMAAN:-

1. Joseph Paulus Lantip        -ahli perniagaan (salah seorang Jutawan) Bendahari Agung  KDCA- Dip.Perakaunan.

2.Datuk Steven Boliku          -Pesara - aktif dalam KRT- BBA(Hons)

3.William Mojimbun       -bertugas sebagai OKK - Mejlis Tertinggi PBS - (Pendidikan tiada maklumat)

4.Kalasa Sahat                      - Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR N13 Inanam)- ada Sarjana -(tidak   ada maklumat terperinci)

5.Fredoline Totin Bangun     - Pegawai Jabatan Tanah (masih berkerja) - Pegawai Penerangan Parti PBS N13 Inanam- BHR

6.Lukin Teliban                  - Ahli Perniagaan - Bendahari PBS Bahagian PBS N13 Inanam, Pengerusi -   Persatuan Kontraktor Kelas F K.Kinabalu- BBA(Hons)

7.Vicco Lee                       - Pekerja Swasta, Ketua Pemuda Bahagian PBS N13 Inanam juga Tim.Ketu   Pemuda PBS Pusat.- BBA(Hons)



“Semoga PBS dapat mempertahankan kerusinya pada PRU 13.”


No comments:

Post a Comment