LAPORAN PENYELIDIK BEBAS
DUN N13 Inanam- Secara
telusnya saya ingin mengemukakan beberapa pandangan saya setelah membuat
beberapa penyelidikan di kawasan DUN Inanam khususnya persiapan PBS PRU 13 ini
nanti.
Cara-cara penyelidikan
ini dilakukan adalah melalui soaljawab secara rambang khususnya pemimpin
disetiap kawasan atau perkampungan, pemimpin-pemimpin peringkat kampung yang
dimaksudkan adalah Pengerusi JKKK, beberapa Ketua cawangan PBS, Ketua Kampung
dan WKAN.
Semasa soalk jawab kepada
beberapa pempin tersebut adalah se`1cara tidak fomal kerana kalau saya tanya
secara fomal mereka tidak dapat menjawab dengan jujur kerana mereka akan takut
kehilangan jawatan mereka ditarik balik atau beberapa projek mungkin
tidak dibagi kerana tidak menjawab secara positif meskipun yang realitinya
negitif, kerana mereka juga mengenali saya selaku salah seorang Orang kanan YB
Dtk.Johnny Goh. Kawasan penyelidikan adalah seluruh kawasan N13Inanam iaitu
daripada Telipok hinggalah kepada Sukang/mabpai dan Minintod.
Hasil penyelidikan Bebas
ini saya mendapati bahawa kalau isu-isu berikut wujud dan menyebabkan Wakil
Rakyat sekarang ini PBS mengalami kesukaran untuk mempertahankan kerusinya jika
ditandingkan semula. Kenapa?
1. Wakil Rakyat sekarang
ini hampir semua pengundi telah mengenali beliau.(saya tidak mahu detail kerana
banyak). Cuma saya ingin katakan disini bahawa perkataan KENAL disini memberi
dua implikasi - kenal kebaikan dan kenal keburukan pemimpin tersebut.
2.Kalau lihat rekod
keputusan PRU12 pun sebenarnya PBS sudah kalah besar ini kalau
dibandingkan undi BN berbanding jumlah undi pembangkang mujur pembangkang tidak
bersatu:
keputusan PRU 12 adalah
spti berikut
DAP - 2,864 undi
Bebas - 196 undi
PKR - 4,293 undi
Jumlah undi Pembangkang
adalah =7,353
BN(PBS) - 5,979 undi
BN kalah 1,374 undi.
Ini bererti calon PBS
(BN) sekarang ini tidak lagi diminati
penggundi N13 Inanam dengan kekalahan 1,374 undi, satu bilangan undi yang bukan
sikit.
3. Menurut penyelidikan
calon PKR adalah pencabar yang terdekat dan calonnya Daniel Jambun bukanlah
calon popular dikalangan penggundi kawasan ini, bukan saja tidak populer tetapi
beliau juga bersikap ego dan sombong menurut penduduk dikawasan ini. Tetapi
kalau tidak popular kenapa memperolehi undi sebanyak 4,293undi? Pengamatan saya
ini kerana kereka mahu tukar wakil rakyat mereka, kerana mereka memang KENAL
wakil rakyat PBS ini. Dengar-dengar khabar YB Datuk Erick Mojimbun akan
bertanding menurut penyelidikan saya juga mereka menyokong penuh dengan Datuk
Erick Mojimbun kalau masih YB Datuk Johnny Goh calon kata mereka. Nah!! YB
Datuk Erick lebih jauh populer berbanding En.Daniel Jambun, persoalannya
Bolehkah YB Datuk Johnny Goh bersaing dengan Datuk Erick dengan satu lawan
satu? pasti sukar?Tidak percaya? Kamu cuba tanya 10 orang dikawasan yang
berlainan, saya tak mahu komen banyak kerana saya adalah ahli PBS saya juga
sudah buat siasatan ini, kamu cubalah pergi tanya sendiri? Saya panjangkan lagi
pertanyaan saya "Kalau bukan Datuk Erick Dtk.Johnny Goh boleh menangka? yang
ditanya menjawab "belum tahu lah" tetapi dua orang dibelakang saya
menjawab "Yang penting bukan Dtk.Johnny Goh" saya beralih pandangan
dan bersoal salah seorang daripada mereka lalu menjawab "Bukan Dtk.Erick
pun kalau satu lawan satu terpaksalah undi bukan Dtk.Johnny Goh." Dalam
soal ini saya mengandaikan bahawa siapa pun yang berhadapan dengan Datuk Johnny
Goh mereka terpaksa sokong, hanya kerana mahu muka baru.
4. Menurut penyelidikan
Wakil Rakyat N13 Inanam menyedari kekalahan jumlah undi ini maka kerana itu
beliau tidak lagi terfikir akan dicalunkan semula pada PRU13 kerana itu
kita boleh lihat cara pendekatan beliau telah berubah bahkan
peluang-peluang seperti Projek kecil-kecil ie ADUN Fund beliau tidak lagi
memberi peluang kepada orang kanannya (kecuali orang tertentu) untuk
melaksanakannya, orang kanan dimaksudkan adalah PKRnya dan AJK-AJK Bahagiannya
sendiri atau CDO apa tah lagi untuk memberi kepada AJK Bahagiannya sendiri jauh
sekali. Ini terbukti bila Timbalan Ketua Bahagian En.Maikol Sombuling penyokong
kuat beliau akhirnya tidak bertahan lama dan kini memusuhi Wakil Rakyat ini
sehingga sekarang ini beliau tidak lagi menyokong kepimpinan YB Datuk Johnny
Goh.
5.Kawasan N13 Inanam
merupakan kawasan dipinggar Bandaraya sudah tentu para pengundi pandai menilai
apa yang telah beliau telah lakukan selama lebih 10 tahun beliau menjadi wakil
rakyat pengundi-pengundi disini mula bertanya apa yang telah Beliau lakukan
yang betul-betul boleh dibanggakan oleh Rakyat Inanam, jangan cakap jambatan
gantung, pembaikan balairaya pembahagian tangki tong gas dan lain-lain semua
itu perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh PKRnya sendiri.
Tetapi kita mahu lihat
sebagai contoh: Jalan Kokol yang dinaik taraf sehingga ke SK Poring-poring yang
telah diaspalt dengan begitu baiknya sehingga penduduk kawasan yang terlibat
begitu sanjung tinggi kepada YB Datuk Erick kerana perkara besar seperti ini
yang telah dilaksanakan semasa YB Datuk Erick semasa dalam BN dan
seharusnya ada benda besar dilaksanakan oleh YB Datuk Johnny Goh sendiri.
6. Saya mula lagi dengan
siasatan dipejabat pentadbiran Parti dan pejabat UPKR yang diketuai oleh
En.Kalasa Sahat dan CDOnya En.Sabin Gantaliban saya sangat sedih apabila
saya bertanya mereka menjawab TIDAK TAHU bila saya meminta maklumat
beberapa pembangunan di Kawasan kami, saya terfikir mungkin mereka tidak
memberi maklumat kerana ini sulit tetapi seharusnya saya juga AJK Bahagian
tidak perlu diragukan bah..Bukankan? Dan akhirnya mereka mengatakan bahawa
Pemaju Mukim yang lebih tahu kata mereka. Wei....kenapa begitu? dan akhirnay
saya memahami bahawa PKR dan CDO juga mempunyai masalah menjalankan tugas
mereka kerana tidak diberi kuasa? Chontohnya mesyuarat PBT di DBKK yang
mewakili YB Datuk Johnny Goh dalam mesyuarat penting ini ialah salah
seorang Pemaju Mukim dan bukan PKR dan bukan juga CDO, Dan saya lihat disini
arahan daripada Wakil Rakyat kepada Pemaju Mukim dan seterusnya Pemaju Mukim
kepada PKR dan CDO.
satu lagi contoh ialah
Kuasa menanda tangani Cek untuk Peruntukan Sentuhan Kasih ialah, Wakil Rakyat , Pemaju Mukim dan
Pegawai Daerah (di sini pangil Pengarah Sub -Urban) dan bukan Wakil Rakyat, PKR dan
Pengarah seperti diamalkan di Kawasan-Kawasan lain.
7. Ramai orang nampak PKR
dan CDO tidak menjalankan tugas. Bagi penganalisaan saya ini bukan PKR dan CDO
tidak mahu menjalankan tugas tetapi sebab-sebab Perkara 6 di atas. tidak
secara lansung Wakil Rakyat menjalankan kerja sepenuh UPKR tetapi bagi saya ini
tidak ada masalah besar bagi saya TETAPI saya tertanya-tanya Siapa yang
menjalankan Tugas Wakil Rakyat pula? Takkan PKR atau CDO yang buat kerja Wakil
Rakyat ? kerana mereka ini bukan Wakil Rakyat? Kalau tidak ada yang melaksana
kerja-kerja Wakil Rakyat maka sama jugalah macam kita tidak ada Wakil
Rakyat!!dan tak hairanlah kenapa tidak ada Perkara Besar yang boleh
dilaksanakan oleh Wakil Rakyat kita.yang rugi rakyat di kawasan Inanam.
Menggatal & Telipok juga yang rugi. Saya juga tidak hairan PKR dan CDO
telalu senang habis bulan terima gaji kerana kerja mereka ada orang yang
melaksanakannya. Yang sedih kata PKR bila ada masalah Wakil Rakyat pula yang
mengunakan kuasanya memarahi PKR dan CDO sedangkan kerja itu dibuat olenya.
8.Saya panjangkan lagi
penganalisaan saya ke pejabat PBS N13 Inanam. Satff disini saya tak ada
komen kecuali saya lihat salah seorang Staf UPKR menjawat sebagai Penyelia
tetapi tidak pernah turun di Pejabat UPKR untuk menjalankan kerjanya sebagai
Penyelia sebaliknya menjalankan kerjanya sebagai Setiausaha Kerja Parti juga
setiausaha kepada Wakil Rakyat ini saya lihat dari segi kerja-kerja yang
dilakukannya. Komen saya Kerajaan Negeri membayar gajinya sebagai Penyelia
tetapi menjalankan kerja yang berlainan yang sudah pasti tidak melaksanakan
kerja seperti skop kerja yang diamanahkan kepadanya..(mungkin saja...) kita
tidak persalahkan Penyelia ini kerana dia hanya ikut arahan. Di Pejabat ini
juga aduh...kesian failing sistem kesian betul saya tak mahu cakaplah. kamu
pantau-pantau lah sendiri.
9.Pelan Perancangan Wakil
Rakyat ini saya tak nampak tetapi pernah orang kanannya mencadangkan kepada
Wakil Rakyat ini beberapa tahun dahulu supaya adakan Wawasan selama tempoh
wakil rakyat ini menjawatan sebagai Wakil Rakyat iaitu 5 tahun. kalau tidak
silap, ada cadangkan supaya buat SATU perkera besar yang harus
dilaksanakan oleh Wakil Rakyat ini dalam tempoh beliau Jadi Wakil Rakyat yang
mana perkara tersebut boleh dibanggakan oleh Rakyat N13 Inanam dan harus dilaksanakan
dalam tempoh lima tahun tetapi malangnya beliau tak berminat, akhirnya tidak
tahu macam mana kononnya cadangan tersebut terlalu tinggi dan orang
yang mencadang berangan-angan mahu jadi calon itu pandapat beliau dan akhirnya
beliau membuat keputusan tidak melaksanakannya.
10. Penggundi N13 Inanam
peringkat profesional juga telah banyak menanalisa dari luar dan menurut
mereka kalau PRU13 ini masih juga YB Datuk Johnny Goh mereka menilai ada dua
kemungkinan.
a) Beliau akan kalah jika
bila keadaan PR bersefahaman atau Satu lawan Satu.
b). Tiga Penjuru :
sebagai Contoh STAR, SAPP, PBS_BN mereka meramalkan Datuk Erick masih boleh
menang - KECUALI Calon PBS mencalonkan orang lain dan bukan Datuk Johnny Goh.
c). Kalau Datuk Johnny
Goh memanangi pun pastinya rakyat merasa keciwa kerana mereka meramalkan
pembangunan ekonomi dan pentadbiran pastinya seperti beberapa tahun yang lalu
bahkan mereka meramalkan lebih teruk kerana ini peluang terakhir maka
segala-galanya untuk sendiri dan kerabatnya.
Maka dengan 10 perkara
diatas kesimpulan saya Kepimpinan Parti PBS Pusat harus berhati-hati meletakkan
calon N13 Inanam pada PRU 13 akan datang.
SENARAI PENDEK ORANG YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN
SEBAGAI CALON BN SAMA ADA DI PARLIMEN P 171 SEPANGGAR ATAU DUN N13 INANAM
ADALAH SEPERTI BERIKUT MENGIKUT KEUTAMAAN:-
1. Joseph Paulus Lantip
-ahli perniagaan (salah seorang Jutawan) Bendahari
Agung KDCA- Dip.Perakaunan.
2.Datuk Steven Boliku
-Pesara - aktif dalam KRT- BBA(Hons)
3.William Mojimbun
-bertugas sebagai OKK - Mejlis Tertinggi PBS - (Pendidikan tiada maklumat)
4.Kalasa Sahat
- Pemimpin
Kemajuan Rakyat (PKR N13 Inanam)- ada
Sarjana -(tidak ada maklumat terperinci)
5.Fredoline Totin Bangun
- Pegawai Jabatan Tanah (masih berkerja) - Pegawai Penerangan
Parti PBS N13 Inanam- BHR
6.Lukin Teliban
- Ahli Perniagaan -
Bendahari PBS Bahagian PBS N13 Inanam, Pengerusi - Persatuan Kontraktor
Kelas F K.Kinabalu- BBA(Hons)
7.Vicco Lee
- Pekerja
Swasta, Ketua Pemuda Bahagian PBS N13 Inanam juga Tim.Ketu Pemuda
PBS Pusat.- BBA(Hons)
“Semoga PBS dapat
mempertahankan kerusinya pada PRU 13.”