Thursday 18 April 2013

SETIA KEPADA PARTI ATAU SETIA TERHADAP PEMIMPIN DIDALAM PARTI

Perkataan "KESETIAAN " merupakan satu perbuatan yang boleh mengubah seluruh kerea seseorang. Kesetiaan juga selalu menggambarkan sikap ketulusan secara ikhlas seseorang apa bila ianya sangat setia kepada sesuatu. Namun seseorang harus bijak menggunakan perbuatan setia ini terutama sekali apa bila berlaku sesuatu konfliks atau apa bila anda berada dipersimpangan jalan

Kesetiaan boleh mengundang kepada Keburukan dan juga kepada Kebaikan. kerana itu saya nasihatkan kepada kita semua pandai-pandailah menggunakan Kesetiaan anda.

Satu situasi yang boleh saya contohkan adalah apa bila kita berada dibawah pimpinan seseorang pemimpin dalam satu organisasi seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), dan dalam kepimpinan parti tersebut berlaku satu perubahan dalam pucuk pimpinan atasan adakah anda terus berada dalam parti dan terus memperjuangkanVisi parti  atau anda terus mengikut jajak pemimpin yang terkeluar dalam parti? Apa pun jawaban anda adalah betul dan tidak ada yang salah. Tetapi harus petimbangkan hal bahawa jika tindakan anda itu adalah untuk kepentingan Parti atau sebaliknya? 

Harus diingatkan bahawa pemimpin dalam parti adalah bila-bila datang dan bila-bila pergi tetapi perjuangan Parti adalah tetap kekal teguh dan tidak pernah lari bahkan terus wujud untuk meneruskan perjuangan yang belum selalsai.

Maka itu jika kawan-kawan yang masih bingung kerana terkejut perubahan kepimpinan dalam Parti anda harus bijak dan terus memilih untuk parti maka pilihan anda saya percaya Tuhan memihak anda.

Maka itu fikir-fikir dan renung-renungkan lah.

No comments:

Post a Comment