Secara
keseluruhannya ramai yang menganggap mantan Wakil Rakyat Dun N13 Inanam iaitu
Datuk Johnny Goh akan ditandingkan semula, ini ekoran daripada pengumuman
Presiden Parti PBS semasa AGM parti pada
tahun 2011 yang telah diadakan pada PERTENGAHAN TAHUN 2012. Namun begitu masih
ramai yang mengharap agar pertukaran calon di Inanam seharusnya sampai masanya
untuk dilaksanakan dan calon pilihan orang ramai tidaklah begitu diambil berat
sangat siapa pun jadi pilihan Presidennya seharusnya disokong dan yang pasti mereka
mahu calon baru.
Orang
ramai bertambah yakin bahawa Datuk Johnny Goh lah calon di Inanam ini kerana
akhbar tempatan mempaparkan bahawa Datuk Johnny Goh adalah salah seorang calon yang tersiar dalam akhbar
tersebut untuk bertanding PRU ke13 ini.yang pada hari berikutnya ditukar kepada En.Joseph Paulus Lantip (JPL) seorang usahawan yang berjaya yang juga Bedahari Agong KDCA.
KEWUJUDAN DUA KUMPULAN
Pertukaran
Calon sehari selepas nama Datuk Johnny Goh diumumkan menyebabkan Datuk Johnny
Goh dan kumpulan bertindak berdiam diri bahkan dilaporkan mereka sibuk
bermesyuarat di kediaman Datuk Johnny Goh tak tahu apakah rancangan yang dibincang
oleh mereka juga telah bertindak untuk
menguci pejabat PBS Bahagian dan menyorok semua maklumat seperti senarai cawangan perhubungan ketua-ketua
cawangan, peralatan serta bendera dan risalah yang telah diambil dari HQ PBS
juga tidak diserah oleh setiausaha menyebabkan Calon En.Joseph P.Lantip dan
kumpulannya begitu kelangkabut tanpa pejabat yang lengkap, dan segala-galanya bermula
daripada kosong.
Kumpulan
yang melihat kepada kepentingan Parti telah terus datang membantu mengerakkan
jentera pilihanraya dan membantu calon.
Semantara
kumpulan yang melihat kepentingan politik individu telah bersandar kepada Datuk
Johnny Goh. Dengan adanya pengikut seperti ini maka Datuk Johnny Goh lebih
mudah merancang strateginya untuk mensabotaj calon BN-PBS DUN N13 Inanam
mengikut kehendaknya sendiri. Diantara kumpulan yang terus memihak kepada
kepada Datuk Johnny Goh.
Dengan
tindakan Datuk Johnny Goh ini menyebabkan PBS Bahagian terbahagi dua kumpulan.
Datuk Johnny Goh memperdaya pemimpin-pemimpin bahagian ini dengan isu-isu
seperti berikut;
1.
Sebelum Penaman Calon : Johnny
Goh telah memaklumkan dalam bermesyuarat bahawa kononnya bahawa Datuk Presiden
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sedang berusaha menukar nama Joseph
P.Lantip kepada nama beliau dalam
Watikah perlantikan calon, dengan itu mereka telah dilarang untuk pergi kepada
Calon(JPL) sebelum penamaan calun dilansungkan pada 20 Apr 2013.
2. Setelah gagal menukar nama
calon dalam watikah sekali lagi Datuk Johnny Goh telah memanggil kumpulannya
bermasyuarat membuat helah untuk menahan mereka dan kali ini Datuk Johnny Goh
telah mengugut bahawa semua penjawat jawatan lantikan beliau akan dipecat oleh
calon apa bila menang kelak dengan itu beliau membawa kumpulannya untuk
menjatuhkan calon ini dengan harapan jika sekiranya Berjaya menjatuhkan calon maka kumpulannya masih kekal dalam jawatan
masing-masing kerana beliau percaya bahawa beliau akan dilantik sebagai jawatan UPKR yang dianggapnya sebagai
kuasanya setaraf dengan Wakil Rakyat dengan itu beliau dapat mengekalkan semua
jawatan-jawatan yang dijawat oleh kumpulannya.
3. Datuk Johnny Goh juga menuduh Calon baru ini apa bila menang kelak akan memecat semua kakitangan yang memegang jawatan lantikan beliau (yang sebenarnya calon/JPL ini memerlukan bantuan AJK Bahagian kerana calon ini betul-betul tidak ada sesiapa dalam PBS Bahagian - tuduhan ini palsu).
Dengan startegi yang digunakan oleh Datuk Johnny Goh itu mendorong
semua kumpulannya termasuk Datin Evelyn Goh berusaha untuk menjatuhkan calon BN
di DUN Inanam.
PENGORGANISASIAN/PENSTRUKTURAN JENTERA
AJK
Bahagian PBS yang tidak mengikut jejak Datuk Johnny Goh adalah sepertiberikut:
1.
Bendahari PBS Bahagian (Lukin
Teliban-Wakil Calon)
2.
Naib 1 Bahagian (Sabin
Gantaliban –CDO)
3.
Pen.Bendahari Bahagian
(Pen.Bendahari Bahagian-mantan PKR)
dan
melalui 3 orang ini telah Berjaya menarik semula beberapa AJK Bahagian yang
lain untuk membantu jentera pilihanraya
antaranya adalah :
1.
Fredoline Bangon (Pegawai
Penarangan PBS Bahagian)
2.
KK Ajis Lobinson – AJK Bahagian
3.
Markus Libanis – AJK Bahagian
4.
Daut Nasun. – AJK Bahagian
bersama-sama
dengan JPL turut merancang dan mengorganisasikan Jentera Pilihanraya DUN
Inanam..
maka dengan itu jentera ini dapat berjalan dengan baik.
Namun masih banyak kelemahan kerana ramai pengikut Dtk.Johnny Goh berada dalam kumpulan JPL memberi maklumat jentera JPL.
baca tajuk blog seterusnya.......
No comments:
Post a Comment