Saturday 20 July 2013

SIAPA SEHARUSNYA MENJAWAT JAWATAN PEMIMPIN KEMAJUAN RAKYAT -PKR INANAM

INANAM - Setelah perebutan calun redah mula pula lagi dengan perebutan Jawatan-Jawatan di  UPKR N13Inanam. Namun ramai orang tidak menginda pra syarat asas yang harus dipertimbangkan sebelum ianya menawarkan diri atau menonjolkan diri sebagai calon.

Sebelum itu ingin saya kemukakan beberapa persefahanam dalam komponen Barisan Nasional (BN).
BN dalam persafahaman mereka telah mengagih-agihkan kawasan untuk parti apa mentadbir kawasan mana. Sebagai contoh Kawasan Moyog telah di kuotakan kepada parti UPKO, Karambunai pula telah dikuotakan kepada parti UMNO semantara Inanam telah dikuotakan kepada parti PBS.
Kalah atau menang parti komponan dalam kawasan mereka ini adalah tetap dibawah pentadbiran parti yang memegang kuata di kawasan yang telah dikuoatakan untuk parti dalam komponen tersebut. Nah saya percaya kita mula faham dan kita tidak keliru parti mana yang seharusnya memegang jawatan-jawatan di UPKR baik Moyog, Karambunai, atau Inanam. oleh itu kononnya yang menjawat jawatan PKRdi Inanam adalah lantikan UMNO atau UPKO itu sudah terjawab. ini bererti hanya dikalangan parti PBS sahaja yang layak memagang jawatan tersebut.

Timbul lagi persoalan siapakah yang layak dalam dikalangan parti itu sendiri untuk menjawat jawatan-jawatan ini? Adakah Mantan calon yang kalah atau Ketua Bahagian yang memegang dalam Bahagian parrti?  Nah ini tertakluk kepada prestasi saat-saat akhir walaupun kita telah berjuang dalam parti sekian lama itu bukan jaminan untuk menjawat jawatan tersebut tetapi sebenarnya AJK Bahagian merupakan keutamaan juga itu pun atas budi bicara Presiden Parti Masing-masing kecuali UMNO hanya diputuskan oleh Datuk Musa Aman selaku Pengerusi UMNO Sabah.
Kenapa tidak ada jaminan kerana kalau tidak banyak membantu semasa pilihanraya macam mana pula diberi keutamaan sedangkan yang lain kerja keras siang dan malam bahkan wang dan tenaga disumbangkan demi mempastikan kemenangan Parti.Tetapi kalau AJK bahagian itu sendiri berdiam diri apatah lagi kalau ada aktiviti pensabotaj?sudah pastikeutamaan akan terhilang. Kebiasaannya jawatan PKR ini akan diserahkan kepada calun sama adabeliau menang atau kalah adalah ditangan calon itu sendiri. Kalau pun calon/YB  itu tidak mahujawatan tersebut sudah tentu calon/YB itu memberi kepercayaan kepada Wakil Calon semasa pilihanraya kerana wakil calon itulah yang telahdipercayai olehnya. ini pun kalau wakil calon itu tidak ada masalah semasa pilihanraya. 

Ringkasnya Joseph Paulus Lantip, Lukin Teliban, Ketua Bahagian Parti Datuk Johnny Goh merupakan pilihan utama.Orang-orang kanan dalam bahagian merupakan pilihan kedua setelah ketiga-tiga di atas bermasalah.Akhir kata perubahan demi perubahan terletak ditangan Presiden Parti masing-masing untuk keputusan muktamad. 

No comments:

Post a Comment