Thursday 16 May 2013

RAGAM SATU MINGGU SEBELUM PENAMAN CALON PRU13 DI INANAM

Diambang pemilihan calon mewakili BN(PBS) DUN N13 Inanam.

Secara keseluruhannya ramai yang menganggap mantan Wakil Rakyat Dun N13 Inanam iaitu Datuk Johnny Goh akan ditandingkan semula, ini ekoran daripada pengumuman Presiden Parti PBS semasa AGM parti  pada tahun 2011 yang telah diadakan pada PERTENGAHAN TAHUN 2012. Namun begitu masih ramai yang mengharap agar pertukaran calon di Inanam seharusnya sampai masanya untuk dilaksanakan dan calon pilihan orang ramai tidaklah begitu diambil berat sangat siapa pun jadi pilihan Presidennya seharusnya disokong dan yang pasti mereka mahu calon baru.

Orang ramai bertambah yakin bahawa Datuk Johnny Goh lah calon di Inanam ini kerana akhbar tempatan mempaparkan bahawa Datuk Johnny Goh adalah  salah seorang calon yang tersiar dalam akhbar tersebut untuk bertanding PRU ke13 ini.yang pada hari berikutnya ditukar kepada En.Joseph Paulus Lantip (JPL) seorang usahawan yang berjaya yang juga  Bedahari Agong KDCA.

KEWUJUDAN DUA KUMPULAN

Pertukaran Calon sehari selepas nama Datuk Johnny Goh diumumkan menyebabkan Datuk Johnny Goh dan kumpulan bertindak berdiam diri bahkan dilaporkan mereka sibuk bermesyuarat di kediaman Datuk Johnny Goh tak tahu apakah rancangan yang dibincang oleh mereka  juga telah bertindak untuk menguci pejabat PBS Bahagian dan menyorok semua maklumat seperti  senarai cawangan perhubungan ketua-ketua cawangan, peralatan serta bendera dan risalah yang telah diambil dari HQ PBS juga tidak diserah oleh setiausaha menyebabkan Calon En.Joseph P.Lantip dan kumpulannya begitu kelangkabut tanpa pejabat yang lengkap, dan segala-galanya bermula daripada kosong.

Kumpulan yang melihat kepada kepentingan Parti telah terus datang membantu mengerakkan jentera pilihanraya dan membantu calon.

Semantara kumpulan yang melihat kepentingan politik individu telah bersandar kepada Datuk Johnny Goh. Dengan adanya pengikut seperti ini maka Datuk Johnny Goh lebih mudah merancang strateginya untuk mensabotaj calon BN-PBS DUN N13 Inanam mengikut kehendaknya sendiri. Diantara kumpulan yang terus memihak kepada kepada Datuk Johnny Goh.

Dengan tindakan Datuk Johnny Goh ini menyebabkan PBS Bahagian terbahagi dua kumpulan. Datuk Johnny Goh memperdaya pemimpin-pemimpin bahagian ini dengan isu-isu seperti berikut;

1.       Sebelum Penaman Calon : Johnny Goh telah memaklumkan dalam bermesyuarat bahawa kononnya bahawa Datuk Presiden Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sedang berusaha menukar nama Joseph P.Lantip  kepada nama beliau dalam Watikah perlantikan calon, dengan itu mereka telah dilarang untuk pergi kepada Calon(JPL) sebelum penamaan calun dilansungkan pada 20 Apr 2013.

2.   Setelah gagal menukar nama calon dalam watikah sekali lagi Datuk Johnny Goh telah memanggil kumpulannya bermasyuarat membuat helah untuk menahan mereka dan kali ini Datuk Johnny Goh telah mengugut bahawa semua penjawat jawatan lantikan beliau akan dipecat oleh calon apa bila menang kelak dengan itu beliau membawa kumpulannya untuk menjatuhkan calon ini dengan harapan jika sekiranya Berjaya menjatuhkan calon  maka kumpulannya masih kekal dalam jawatan masing-masing kerana beliau percaya bahawa beliau akan dilantik sebagai  jawatan UPKR yang dianggapnya sebagai kuasanya setaraf dengan Wakil Rakyat dengan itu beliau dapat mengekalkan semua jawatan-jawatan yang dijawat oleh kumpulannya.

3.  Datuk Johnny Goh juga menuduh Calon baru ini apa bila menang kelak akan memecat semua kakitangan yang memegang jawatan lantikan beliau (yang sebenarnya calon/JPL ini memerlukan bantuan AJK Bahagian kerana calon ini betul-betul tidak ada sesiapa dalam PBS Bahagian - tuduhan ini palsu).

Dengan startegi yang digunakan oleh Datuk Johnny Goh itu mendorong semua kumpulannya termasuk Datin Evelyn Goh berusaha untuk menjatuhkan calon BN di DUN Inanam.

PENGORGANISASIAN/PENSTRUKTURAN JENTERA

AJK Bahagian PBS yang tidak mengikut jejak Datuk Johnny Goh adalah sepertiberikut:

1.       Bendahari PBS Bahagian (Lukin Teliban-Wakil Calon)
2.       Naib 1 Bahagian (Sabin Gantaliban –CDO)
3.       Pen.Bendahari Bahagian (Pen.Bendahari Bahagian-mantan PKR)

dan melalui 3 orang ini telah Berjaya menarik semula beberapa AJK Bahagian yang lain untuk membantu  jentera pilihanraya antaranya adalah :

1.       Fredoline Bangon (Pegawai Penarangan PBS Bahagian)
2.       KK Ajis Lobinson – AJK Bahagian
3.       Markus Libanis – AJK Bahagian
4.       Daut Nasun. – AJK Bahagian

bersama-sama dengan JPL turut merancang dan mengorganisasikan Jentera Pilihanraya DUN Inanam..
maka dengan itu jentera ini dapat berjalan dengan baik.

Namun masih banyak kelemahan kerana ramai pengikut Dtk.Johnny Goh berada dalam kumpulan JPL memberi maklumat jentera JPL.

baca tajuk blog seterusnya.......