Thursday 2 January 2014

KEPIMPINAN PBS N13 INANAM PEMIMPIN PUSAT PERLU TELITI DAN SEHARUSNYA PENGANTUNGAN SATU TERM KEPADA YANG TERLIBAT SABOTAJ PRU13

INANAM  31 Dec 2013- Satu penyelidikan secara rambang mendapati bahawa hasil penyelidikan tersebut mendasak Kepimpinan PBS pusat harus mempertimbangkan sensitiviti dengan beberapa aduan pemimpin PBS sama ada diperingkat cawangan mahupun secara individu. setakat ini hanya 3 orang sahaja yang telah diberi tindakan oleh pihak AMT/Presiden kerana didapati tidak akur dengan keputusan Presiden semasa penetapan calon PRU13 yang lalu mengakibatkan kumpulan tersebut membuat keputusan untuk sabotaj calon pilihan pucuk kepimpinan parti.

Saranan untuk memberi tindakan kepada beberapa pemimpin diperingkat cawangan hinggalah kepada mantan pemimpin Peringkat Bahagian adalah amat perlu demi kebaikan parti PBS dimasa akan datang. Saranan ini bukanlah bererti pemimpin-pemimpin tersebut kehilangan keahlian mereka batal tetapi memadailah mereka ini tidak dibenarkan memegang Jawatan selama satu term atau selama tiga tahun berkuatkuasa2014. Sebab mereka ini tidak lagi boleh berselindung daripada masyarakat kerana ramai yang tahu perbuatan mereka ini semasa PRU13 yang lalu khususnya daripada ahli-ahli PBS diperingkat kampung atau kawasan dimana mereka tinggal.

Sekarang ini tidak seorang pun dikalangan mereka ini mengakui kesalahan mereka termasuk tiga orang yang telah dipecat. Semakin banyak kampung yang kami masuk semakin ramai memberi kenyataan bahawa mereka-mereka ini memang telah berkempin menjatuhkan calon PBS/BN DUN N13 Inanam iaitu Joseph Paulus Lantip. dengan memberi alasan atau tuduhan bahawa Joseph Paulus Lantip adalah "Calon terjun", "calon tidak dikenali", "membeli JPL telah membeli pencalonan" dan bermacam-macam tuduhan peribadi JPL.
Paling memalukan adalah hampir semua pemimpin-pemimpin yang sedang memegang jawatan lantikan politik melalui parti PBS turut bersekongkong menjatuhkan calon PBS sendiri. Ini termasuklah Pemaju-pemaju mukim, JKKK, Ketua-Ketua Kampung, WKAN dan KAN lantikan Datuk Johnny Goh. Pihak pemimpin atasan Parti PBS harus memandang serius perkara ini agar ianya tidak menjadi ikut-ikutan kepada ahli-ahli parti dimasa akan datang. Sebagai salah satu pemimpin PBS diperingkat Bahagian saya sangat bersetuju dan mengalu-alukan hukuman yang ringan ini untuk mereka-mereka yang terlibat.

Tindakan menggantung satu term adalah wajar demi pembersihan kepimpinan parti dan hanya pemimpin yang setia sahaja yang harus berada dalam PBS buat masa ini kerana saya dapat rasakan bahawa masih ada ketidak fahaman antara kumpulan Datuk Johnny Goh dan kumpulan yang taat setia kepadaparti PBS semasa pilihanraya yang lalu. Kita tidak perlu takut kehilangan ahli kita kerana tidak ada guna kita menyimpan pemimpin yang hanya merosakkan parti, biarlah kita sedikit tetapi mampu menggoncang seluruh dunia dan itulah yang kita mahu.

sama-sama kita harapkan agar 

No comments:

Post a Comment